Bingkisan ini ditujukan khas untuk "Genit", dan lebih-lebih lagi untuk gadis-gadis yang menderita kerana apa jua bentuk peperangan serta pengorbanan para pejuang yang telah tersungkur di Bumi Palestin khususnya...
Terimalah, Balada Seorang Gadis Kecil dari Allahyarham Zubir Ali.
BALADA SEORANG GADIS KECIL.
Gadis kecil itu telah bertahun, dikecam derita,
Di khemah pelarian, yang menjanjikan dukacita.
Munir tak mengenal erti cinta, telah kering airmata,
menangisi kematian, ayah bonda dan saudara.
Pada suatu senja langit Shatila,
Menyaksikan pembunuhan, anak kecil dan wanita,
Munir ditembak penuh luka, tapi ajalnya belum tiba,
Kerana Tuhan mengasihi dia.
Peristiwa hitam 17 September, telah menjadi bukti,
Sempurnalah kekejaman suatu bangsa yang sombong dan hina.
Berapa banyak lagi, gadis kecil tak berdosa,
akan menjadi mangsa, kekejaman manusia.
Berapa abad lagi gadis kecil seperti Munir,
Akan menjadi korban, peperangan.
Zubir Ali (17 Disember 1982).
Lirik diambil dari Disertasi.blogspot.com
Gambar dari profil Zubir Ali di Myspace.com
No comments:
Post a Comment